sejarah motorsikal

Honda Cub

Honda Super Cub 
Pengeluar Honda 
Juga dikenali Honda Cub, Honda C50 
Pengeluaran 1958-sekarang 

Honda Cub adalah model motosikal kapcai 4 lejang 49cc keluaran Honda Motor Co. Ltd. yang merupakan model motosikal yang paling banyak dikeluarkan di dunia. Ia mula dikeluarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Pengeluaran model Honda Cub menjadi peristiwa penting bagi sejarah automotif Jepun memandangkan ia menandakan bermulanya era penguasaan motosikal Jepun. Lebih daripada 50 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia[1] terutamanya di Asia dan Eropah sejak mula dikeluarkan dan model ini masih lagi dikeluarkan di Asia dan Afrika walaupun banyak model motosikal yang lebih besar dan berkuasa tinggi diperkenalkan.

Usia pembinaan motosikal telah bermula lebih dari 100 tahun. Motosikal pertama telah mula dicipta pada tahun 1885 oleh seorang jurutera dunia permotoran yang terkenal dan unggul iaitu Gottieb Daimler. Motosikal pertama ciptaan Daimler ini telah mencatat sejarahnya sendiri apa anak Daimler sendiri iaitu Paul Daimler telah berjaya menunggang motosikal pertama ini sejauh 6 batu. Dari sini lah bermulanya sejarah motosikal. 
Semenjak tahun 1885 ini sehingga sekarang pembinaan motosikal tidak pernah terhenti. Dari masa kesemasa manusia sentiasa berlumba-lumba menghasilkan motosikal yang pelbagai bentuk, kuasa, kegunaanya dan sebagainya.


Posted Image 

Berbalik kepada sejarah pembinaan motosikal ini, Daimler yang terkenal sebagai pencipta motosikal pertama sebenarnya lebih berminat kepada penciptaan kereta berbanding motosikal. Walau bagaimana pun usaha Daimler ini telah disambung oleh seorang lagi perentis iaitu Wilhelm Maybach tetapi dengan bantuan Daimler.

Pada masa yang sama dua rakan baik iaitu Hildeb dan Wolfmuller dari Munich turut berjaya mencipta motosikal dengan menggunakan enjin stim dimana mereka menggunakan basikal sebagai asas motosikal tersebut. Motosikal enjin stim ini tidak lama kerana untuk ciptaan seterusnya mereka menggunakan enjin gasoline. Nama-nama lain dalam penciptaan motosikal ialah Kolonel HC Golden dari England dan Count De Dion bersama rakannya Goerges Bouton dari Perancis juga telah berjaya mencipta motosikal yang menggunakan enjin gasoline.

Semenjak pencitaan pertama ini telah berlaku banyak revolusi penciptaan motosikal. Dari motosikal pertama yang menggunakan belt atau talisawat sebagai pemacu telah berlaku berbagai perubahan kepada pemacu gegancu dan juga gear. 

Walau bagaimana pun pemacu belt masih lagi ada digunakan sekarang tetapi dengan kaedah yang 
lebih baik dan canggih. Kemajuan motosikal terus berlaku dimana , injap salur masuk secara mekanikal telah dicipta pada tahun1908, transmisi 6 kelajuan jentera Douglas telah dicipta pada tahun 1912 dan lampu elektrik pada tahun 1914.

Nama-nama seperti Peugeot, Indian, Sears Roebuck, Norton, OD atau Ostner Dresdan dan Triumph berupakan pengeluar motosikal pertama dunia. 

Pengeluaran motosikal ini telah bermula semenjak tahun 1899 lagi dimana Peugeot merupakan syarikat pertama yang mengeluaran motosikal untuk pasaran.


Bilangan Syarikat Pengeluar Motosikal Dunia.

1. German - 132 syarikat 
2. French - 105 syarikat
3. British - 82 syarikat
4. Italia - 78 syarikat
5. Soviet - 23 Syarikat
6. Czechoslovakia- 23 syarikat
7. Japan - 20 syarikat
8. Belgian - 18 syarikat
9. Austria - 18 syarikat
10. Dutch - 13 syarikat
11. Spain - 13 syarikat
12. USA - 12 syarikat
13. Swedish - 11 syarikat
14. Swiss - 11 syarikat
15. Hungari - 7 syarikat

Senarai di atas adalah bilangan syarikat-syarikat pengeluar motosikal di dunia. Kebanyakan dari syarikat ini tidak lagi beroperasi dan German merupakan negara yang paling banyak syarikat pengeluar motosikal. Kini syarikat dari Jepun telah memonopoli motosikal dunia.

No comments:

Post a Comment